Ibu pejabat Pertubuhan_Bangsa-Bangsa_Bersatu

Ibu pejabat PBB di New York.

Bangunan ibu pejabat PBB terkini dibina di sebelah Sungai East (East River), New York City pada tahun 1949. Bagaimanapun, bangunan ini bukannya hak milik Amerika Syarikat. Ia dibina di atas tanah yang dibeli daripada John D. Rockefeller, Jr. dengan derma sebanyak AS$8.5 juta, dan direka bentuk oleh sepasukan arkitek antarabangsa, termasuknya Le Corbusier (Perancis) yang termasyhur, Oscar Niemeyer (Brazil), dan wakil-wakil daripada banyak negara yang lain. Pasukan itu diketuai oleh Wallace K. Harrison, pengetua Harrison & Abramovitz (NYC).

Ibu pejabat PBB di New York dibuka secara rasmi pada 9 Januari 1951. Sedangkan ibu pejabat PBB yang utama ditempatkan di New York, terdapatnya agensi-agensi utama yang terletak di Geneva, Hague, Vienna, Montreal, Bonn, dan tempat-tempat yang lain. Alamat ibu pejabat PBB ialah 760, United Nations Plaza, New York, NY 10017, USA.

Oleh sebab bangunan utama PBB telah lama, PBB adalah dalam proses mengubah suai serta memperbesar bangunan ini. Untuk kegunaan sementara waktu, sebuah ibu pejabat yang direkabentuk oleh Fumihiko Maki telah dibina di antara Jalan Ke-41 dan Jalan Ke-42 (41st dan 42nd Street) di New York.